Like A Dream
D'Boss!

Image Hosted At MyspaceGens
Hi assalamualaikum.Loqman di sini.senang untuk bergaul.me just ordinary person. :)



Entries About Linkies


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

Penghujung waktu

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Alhamdulillah sihat semua ye. Haih, lama sangat aku tak menulis.yelah,aku bukannya seorang yang dimana idea untuk menulis sentiasa ada. Aku cuma manusia biasa yang hidup secara humble, tunduk dan menunduk haha. Aku sudah berada di hujung waktu semester 1 aku di Unimas. Banyak pengalaman yang tersangatlah baru buat aku. Belajar benda baru, berkenalan rakan baru (normal) dan juga membuat sesuatu yang baru iaitu membasuh baju tanpa disuruh. Pelik. Sesuatu yang kau langsung tidak pernah terfikir untuk belajar, tapi bila di sini engkau belajar. Benda tu adalah menari. Yes,menari. Aku langsung tak terfikir yang aku akan menari di sini, tapi itu hakikatnya. Aku menari (Yes!) Haha, tapi itu bukan main point aku. Point utama aku is bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Takde kene mengena kan?Lulz. Tapi itulah aku ingin sampaikan. Lebih lebih lagi bila berada di hujung waktu sem 1. Masa inilah kau perlu bersedia sehabis mungkin untuk terus kekal di atas landasan kau. Andai tersilap langkah, nescaya kau jauh tersasar. Kau takkan mampu nak membawa kesemua subjek sehingga ke penghujung. Kau tak mampu untuk GOT( grade on time) dan kau tak mampu nak menghadap muka lecturer kau yang mungkin bagi kau agak meluatkan,mungkin. Tapi itu semua kemungkinan yang akan berlaku jika kau masih tidak sedar mahupun bersedia untuk pengakhiran sem 1 wahai sahabat. Moga kita semua kekal istiqomah mengejar ilmu duniawi dan ukhrawi. Semoga ukhuwah terjalin,kekal tersimpul erat sehingga ke penghujung waktu kita.